SEMARAK ILMU
Semarak Ilmu merupakan buletin rasmi Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat, dokumentasi aktiviti serta penyebaran ilmu dalam kalangan warga kampus dan komuniti universiti.
Buletin ini telah diilhamkan oleh mantan Ketua Pustakawan Perpustakaan UMS, Puan Che Salmah Mohamed pada tahun 2007 sebagai satu inisiatif untuk memperkukuh budaya perkongsian ilmu, meningkatkan keterlihatan aktiviti perpustakaan serta menggalakkan amalan penulisan dan dokumentasi dalam kalangan warga kerja perpustakaan.
Sejak diperkenalkan, Semarak Ilmu berperanan sebagai platform utama dalam menyalurkan pelbagai informasi termasuk laporan program, sorotan aktiviti, ulasan buku, pencapaian warga perpustakaan serta inisiatif akademik dan inovasi perpustakaan.
Portal Semarak Ilmu diwujudkan sebagai inisiatif Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan warga kampus dan masyarakat. Melalui portal ini, pelbagai kandungan seperti artikel, berita, aktiviti, ulasan buku, serta sumber dan panduan disediakan bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
Matlamat kami:
- Menjadi platform utama perkongsian ilmu, maklumat dan pengalaman yang bermanfaat kepada warga UMS serta masyarakat umum.
- Mendokumentasikan aktiviti, program, pencapaian dan inisiatif Perpustakaan UMS sebagai rujukan serta rekod institusi.
- Menggalakkan budaya membaca, penulisan, penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
- Meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan, koleksi, sumber maklumat dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UMS.
- Menyokong aspirasi universiti dalam melahirkan masyarakat berilmu, berdaya saing dan berfikiran progresif.
Kami percaya bahawa ilmu merupakan asas utama kepada kemajuan. Portal ini menjadi jambatan antara perpustakaan dan warga kampus dalam memperkukuh ekosistem pendidikan dan budaya ilmu di UMS.
No comments:
Post a Comment