Friday, 21 August 2026
TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
Monday, 10 August 2026
Selamat Menyambut Ulang Tahun!
Warga GLAM+S, Universiti Malaysia Sabah mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada semua yang meraikannya pada bulan Ogos.
Semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan, serta terus melangkah dengan penuh semangat dalam kehidupan dan kerjaya.
Semoga setiap hari mendatang membawa makna, inspirasi dan kejayaan. 💙
Ikhlas daripada,
Ketua Pustakawan
dan seluruh warga
GLAM+S, Universiti Malaysia Sabah
Monday, 29 June 2026
Tahniah Pelantikan Ahli Majlis PPM 2026–2028
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Zawawi Datuk Tiyunin atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bagi Sesi 2026–2028.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta memperkukuh sumbangan dalam memartabatkan profesion perpustakaan di peringkat nasional.
Ikhlas daripada seluruh warga GLAM+S, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.
Wednesday, 24 June 2026
UCAPAN PENGHARGAAN ULANG TAHUN KELAHIRAN BULAN JUN
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran diucapkan kepada semua warga GLAM+S yang meraikan pada bulan Jun.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta terus cemerlang dalam perkhidmatan dan kehidupan.
Ikhlas daripada,
Ketua Pustakawan
dan seluruh warga
GLAM+S, Universiti Malaysia Sabah
Tuesday, 21 April 2026
TAHNIAH KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UMS 2026
TAHNIAH KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UMS 2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan sokongan yang menerima kenaikan pangkat secara one-off di bawah SSPA serta kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan Kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi Tahun 2026.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta meningkatkan mutu perkhidmatan, khususnya kepada Universiti Malaysia Sabah dan organisasi GLAM+S.
Ikhlas daripada,
Ketua Pustakawan
dan seluruh warga
GLAM+S, Universiti Malaysia Sabah
Thursday, 29 January 2026
SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH
Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Cik Assyidatul Liyana Jasni atas pelantikan sebagai Pustakawan di Jabatan Perpustakaan.
Kami amat mengalu-alukan kehadiran saudari sebagai sebahagian daripada warga GLAM+S. Diharapkan pelantikan ini dapat menyumbang idea, kepakaran serta semangat baharu ke arah memperkukuh perkhidmatan dan kecemerlangan perpustakaan.
Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.
Ikhlas daripada,
Ketua Pustakawan
dan seluruh warga
GLAM+S, Universiti Malaysia Sabah


