LAWATAN PENANDA ARAS IPDAS KE PERPUSTAKAAN UMS
19 Januari 2026 | Isnin
KOTA KINABALU, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berbesar hati menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Lawatan ini menjadi medium perkongsian ilmu dan pengalaman dalam usaha memperkukuh pengurusan serta perkhidmatan perpustakaan.
Melalui sesi lawatan dan perbincangan yang diadakan, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan berkaitan amalan terbaik, pengurusan sumber maklumat serta penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan sejajar dengan keperluan semasa.
Perpustakaan UMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IPDAS atas kunjungan dan jalinan kerjasama yang bermakna.
No comments:
Post a Comment