Friday, 30 January 2026

MAJLIS SERAH TUGAS DAN PENGHARGAAN PUAN DAYANG RUHIDAH RAPLEE

Semarak Ilmu
Majlis Serah Tugas dan Penghargaan

29 Januari 2026 (Khamis)

Perpustakaan UMS Kampus Antarabangsa Labuan telah mengadakan Majlis Serah Tugas dan Penghargaan bagi meraikan jasa serta sumbangan Puan Dayang Ruhidah Raplee yang akan bertukar penempatan ke Perpustakaan Induk Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan ini bertujuan untuk menyempurnakan proses serah tugas serta menghargai komitmen dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat di Perpustakaan UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Puan Dayang Ruhidah telah memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan perpustakaan, sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

Dalam majlis tersebut, warga perpustakaan turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea serta komitmen yang telah diberikan oleh beliau. Sesi penyampaian cenderamata dan ucapan penghargaan turut diadakan sebagai tanda kenangan dan penghormatan atas jasa yang dicurahkan.

Seluruh warga Perpustakaan UMS Kampus Antarabangsa Labuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Dayang Ruhidah Raplee dan mendoakan agar beliau terus cemerlang serta berjaya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat baharu.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva