Saturday, 14 February 2026

DARI UMSKAL KE PERPUSTAKAAN INDUK: SELAMAT MELANGKAH KE DESTINASI BAHARU

Semarak Ilmu
Pertemuan perpisahan Puan Dayang Ruhidah

13 Februari 2026 | Jumaat

Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan pertemuan terakhir bersama Puan Dayang Ruhidah Raplee sebelum beliau berpindah ke Perpustakaan Induk. Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan sebagai platform untuk warga perpustakaan merakamkan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di UMSKAL.

Sepanjang sesi tersebut, para kakitangan berpeluang berkongsi kenangan serta menyatakan penghargaan terhadap dedikasi yang telah ditunjukkan oleh Puan Dayang Ruhidah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Sumbangan serta kerjasama beliau telah banyak membantu dalam memperkukuh perkhidmatan dan pembangunan Perpustakaan UMSKAL.

Warga Perpustakaan UMSKAL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala bakti yang telah dicurahkan serta mendoakan agar beliau terus cemerlang dan berjaya dalam menggalas amanah di tempat baharu. Semoga hubungan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan walau di mana jua beliau bertugas.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva