Labuan, 12 Februari 2026
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan majlis makan bersama kakitangan sempena menyambut kedatangan Puan Rosnitah Gumpar yang melapor diri pada 12 Februari 2026.
Majlis yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra ini bertujuan memperkenalkan Puan Rosnitah kepada seluruh warga perpustakaan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan. Kehadiran beliau diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama dan menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.
Sepanjang majlis, para kakitangan berpeluang beramah mesra dan bertukar pandangan dalam suasana yang penuh kekeluargaan. Jamuan makan yang disediakan turut menjadi platform bagi memupuk semangat kerja berpasukan serta mengukuhkan hubungan sesama warga perpustakaan.
Warga Perpustakaan UMSKAL merakamkan ucapan selamat datang kepada Puan Rosnitah Gumpar dan mendoakan agar beliau terus berjaya dalam menjalankan tugas serta memberikan sumbangan yang cemerlang kepada organisasi.
No comments:
Post a Comment