12 Februari 2026 (25 Sya’ban 1447H)
Majlis Tazkirah, Bacaan Yasin & Tahlil telah diadakan di Ruang Islamic Corner pada jam 8:30 pagi. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kelab Staf Perpustakaan UMS (KSPUMS) bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan yang mulia.
Majlis dimulakan dengan sesi bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Md Nazrie bin Petir dari Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah sebagai usaha memohon keberkatan serta kesejahteraan.
Program diteruskan dengan sesi tazkirah oleh Dr. Mohd Hatib bin Ismail dengan tema “Persediaan Rohani Menyambut Ramadan” yang menekankan kepentingan memperkukuh iman dan memperbaiki amalan.
Program ini mendapat sambutan baik dan diharap dapat memupuk kesedaran spiritual serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga perpustakaan.
Semoga majlis ini membawa ketenangan dan keberkatan kepada semua.
No comments:
Post a Comment