Wednesday, 11 February 2026

MEMPERKASA PERKHIDMATAN, MEMANTAPKAN PENGURUSAN: MESYUARAT PENGURUSAN PERPUSTAKAAN UMS 2026

Semarak Ilmu

9 Februari 2026

Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Perpustakaan yang pertama bagi tahun 2026 di Perpustakaan Fakulti Pertanian Lestari UMS, Sandakan.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ahli Pengurusan Perpustakaan 2026 yang diketuai oleh Tn. Hj. Zawawi Hj. Tiyunin, Ketua Pustakawan UMS. Kehadiran beliau bersama barisan pengurusan perpustakaan mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh tadbir urus serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan di seluruh rangkaian UMS.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk perancangan strategik, pelaksanaan aktiviti perpustakaan serta penambahbaikan perkhidmatan bagi tahun 2026. Mesyuarat ini turut menjadi platform penting untuk menyelaras hala tuju pengurusan perpustakaan agar selaras dengan keperluan universiti dan perkembangan semasa dalam bidang perpustakaan dan maklumat.

Diharapkan hasil perbincangan yang dicapai dapat memperkukuh lagi sistem pengurusan perpustakaan UMS serta menyokong kecemerlangan akademik dan penyelidikan universiti secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva