Friday, 6 March 2026

BAKUL QASEH RAMADHAN 3.0

Semarak Ilmu

5 Mac 2026 | Khamis

KOTA KINABALU — Sempena menyambut keberkatan bulan Ramadan, Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kelab Staf Perpustakaan UMS (KSPUMS) telah menganjurkan Program Bakul Qaseh Ramadhan 3.0 sebagai usaha menyemarakkan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki sepanjang bulan yang penuh keberkatan.

Sebanyak 200 bungkusan telah disediakan dan diagihkan, dengan 100 bungkusan disalurkan kepada Masjid Universiti Malaysia Sabah dan 100 lagi kepada kakitangan Jabatan Perpustakaan sebagai tanda penghargaan serta kebersamaan dalam menyemai semangat keprihatinan.

Program ini mencerminkan nilai keprihatinan dan kebajikan serta memperkukuhkan semangat ukhuwah dalam kalangan warga universiti.

Semoga usaha ini membawa kegembiraan, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan amalan berkongsi dan berbuat kebaikan sepanjang bulan Ramadan. Semoga setiap kebaikan menjadi asbab keberkatan buat semua.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva