Wednesday, 11 March 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & WORLD QURAN HOUR 2026

Semarak Ilmu
Majlis Khatam Al-Quran

11 Mac 2026 (Rabu)

Majlis Khatam Al-Quran & World Quran Hour 2026 telah berlangsung di Islamic Corner, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi. Program ini diadakan bagi menyemarakkan bulan Ramadan melalui aktiviti membaca, memahami serta menghayati isi kandungan Al-Quran.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Baca@Borneo yang dianjurkan oleh Perpustakaan UMS dalam usaha membudayakan amalan membaca dan penghayatan ilmu dalam kalangan warga universiti.

Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, bersama Prof. Dr. Raman Bin Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Turut hadir ialah Ketua Pustakawan UMS, Encik Zawawi Datuk Tiyunin serta pegawai dan kakitangan universiti.

Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Prof. Dr. Muhamad Suhaimi Taat, Dekan Fakulti Pengajian Islam UMS, yang mengetuai bacaan serta pengisian program dengan penuh tertib dan penghayatan.

Melalui penganjuran program ini, diharapkan warga universiti dapat terus mengimarahkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran serta menghayati pengajarannya dalam kehidupan seharian.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan Ramadan dengan membaca, memahami dan menghayati Al-Quran.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva