2 April 2026
LABUAN, 1 April 2026 – Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan sesi perbincangan Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) bagi mengenal pasti, menilai dan mengawal potensi risiko keselamatan di persekitaran perpustakaan. Inisiatif ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan persekitaran kerja dan ruang pembelajaran yang selamat, kondusif serta mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditetapkan.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pengenalpastian bahaya fizikal seperti susun atur rak buku, laluan kecemasan dan penggunaan peralatan. Selain itu, risiko ergonomik serta keselamatan semasa pengendalian bahan turut diberi perhatian. Penilaian risiko dilakukan bagi menentukan tahap kebarangkalian dan impak, seterusnya mencadangkan langkah kawalan yang bersesuaian seperti penambahbaikan susun atur, penyediaan papan tanda keselamatan serta peningkatan kesedaran melalui latihan.
Secara keseluruhannya, perbincangan ini membantu meningkatkan tahap keselamatan dan kesedaran warga perpustakaan terhadap kepentingan pengurusan risiko yang sistematik, proaktif dan berterusan.
No comments:
Post a Comment