14 April 2026 | Selasa
KOTA KINABALU, Jabatan Perpustakaan telah menerima kunjungan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tahun 2026. Sesi audit ini telah dilaksanakan di Smart Classroom, Jabatan Perpustakaan dengan melibatkan kehadiran enam orang auditor daripada pelbagai jabatan dalam universiti yang bertanggungjawab menjalankan penilaian secara menyeluruh.
Audit ini diketuai oleh Puan Zuraini Hamdin (CQA) bersama barisan auditor yang terdiri daripada Puan Sharifah Rofidah (BPSM), Cik Hadijah Engson (BPG), Puan Mashilla Nilus (CQA), Cik Saini Mohilap (Bendahari) dan Puan Nurul Zahidah (BPSM).
Sepanjang pelaksanaan sesi audit, kerjasama yang erat telah diberikan oleh barisan pengurusan kanan Perpustakaan, iaitu Encik Sariady Jamanih, Encik Mohd Kamil Abdullah, Encik Alberto Aning, Encik Jamiun Micheal, Puan Nurulain binti Ismail dan Puan Mildah Sarudin. Sokongan padu daripada pihak pengurusan ini telah memastikan perjalanan audit berlangsung dengan lancar dan teratur.
Selain itu, Ketua Pustakawan, Encik Zawawi Datuk Tiyunin, turut menunjukkan komitmen tinggi serta memberikan sokongan dan kerjasama penuh sepanjang sesi audit dijalankan.
Secara keseluruhannya, sesi audit ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama semua pihak yang terlibat, sekali gus mencerminkan tahap profesionalisme dan komitmen tinggi dalam memastikan pengurusan perjawatan dan organisasi berada pada tahap yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment