Tuesday, 26 May 2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PUSTAKAWAN, PENGARAH ARKIB UNIVERSITI DAN PENGARAH U-SCIENCE KEPADA NAIB CANSELOR UMS

Semarak Ilmu

26 Mei 2026 | Selasa

KOTA KINABALU, 26 Mei - Ketua Pustakawan bersama Pengarah Arkib Universiti dan Pengarah U-Science telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membincangkan membincangkan persiapan dan pelaksanaan program Arkib Universiti dan U-Science yang dijadualkan berlangsung pada 9 Jun 2026.

Kunjungan tersebut menjadi platform penting untuk berkongsi hala tuju serta perancangan program yang menyokong pembangunan ilmu, penyelidikan dan pemeliharaan warisan institusi. Melalui sesi perbincangan yang berlangsung, pelbagai cadangan dan pandangan telah diketengahkan bagi memastikan pelaksanaan program dapat memberi impak yang signifikan kepada warga universiti dan komuniti akademik.

Selain memperkukuh kerjasama antara pihak pengurusan universiti dan jabatan berkaitan, kunjungan ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa fungsi Arkib Universiti dan U-Science sebagai pemangkin kepada budaya ilmu, inovasi dan kecemerlangan penyelidikan di UMS.

Usaha ini selaras dengan aspirasi universiti untuk terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan penyelidikan yang berteraskan identiti unik Borneo, sejajar dengan visi UMS sebagai “the BRAIN of Borneo”.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva