Disediakan oleh: Dayang Ruhidah Raplee
Tajuk: Forensik Kewangan
Penulis: Zaidi Ismail
Buku Forensik Kewangan karya Zaidi Ismail merupakan sebuah naskhah yang membincangkan kepentingan pengurusan kewangan secara bijak dan berhemah dalam kehidupan seharian. Melalui pendekatan yang santai dan mudah difahami, penulis mengupas pelbagai isu berkaitan hutang, perbelanjaan, simpanan dan pembinaan aset yang sering dihadapi oleh masyarakat masa kini.
Antara kekuatan utama buku ini ialah penggunaan contoh-contoh situasi sebenar yang dekat dengan kehidupan pembaca. Penulis menekankan bahawa kebebasan kewangan tidak dicapai melalui pendapatan yang tinggi semata-mata, tetapi melalui disiplin dalam mengurus wang dan membuat keputusan kewangan yang tepat. Selain itu, buku ini turut memberikan panduan praktikal untuk mengenal pasti punca masalah kewangan dan langkah-langkah memperbaikinya.
Gaya penulisan yang ringkas dan padat menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pelajar, penjawat awam dan individu yang ingin meningkatkan tahap literasi kewangan mereka.
Secara keseluruhannya, Forensik Kewangan merupakan bacaan yang bermanfaat dan relevan dalam membantu pembaca membentuk tabiat kewangan yang sihat serta merancang masa depan kewangan yang lebih terjamin.
No comments:
Post a Comment