Wednesday, 29 April 2026

INISIATIF CSR: MENCORAK PERPUSTAKAAN IDAMAN PELAJAR

Semarak Ilmu

29 April 2026 | Rabu

PETAGAS, 27 April 2026 – Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sekolah Kebangsaan Petagas yang berlangsung dari 24 hingga 27 April 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti serta menyemarakkan budaya ilmu dan pembelajaran.

Sepanjang aktiviti sukarelawan ini dijalankan, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk kerja-kerja membaiki dan menaik taraf fasiliti pusat sumber sekolah, antaranya mengecat ruang dalaman dan luaran, menyediakan rak buku baharu, memasang bidai langsir moden serta menyusun semula buku mengikut kategori bahan bacaan bagi memastikan persekitaran yang lebih menarik, kemas dan teratur.

Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mewujudkan suasana perpustakaan yang lebih selesa dan kondusif agar para pelajar dapat menikmati kemudahan yang lebih baik, sekali gus meningkatkan minat membaca dalam kalangan mereka.

Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan yang amat baik daripada para guru yang bersama-sama membantu menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

Diharapkan usaha ini dapat memberi manfaat yang berpanjangan kepada warga sekolah serta menjadi pemangkin kepada pembudayaan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva