Monday, 13 July 2026

ArkU UMS Laksana Lawatan Penandaarasan ke Arkib Negara Malaysia, Perkasakan Pendigitalan Khazanah Universiti

Semarak Ilmu

Delegasi Arkib Universiti UMS semasa sesi lawatan penandaarasan dan perkongsian amalan terbaik di Bahagian Pengurusan Arkib, Arkib Negara Malaysia.

10 Julai 2026, Jumaat – Puan Anna Michael, Pengarah Arkib Universiti (ArkU), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Puan Setra Ginsim, Kurator, ArkU UMS telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Bahagian Pengurusan Arkib, Arkib Negara Malaysia (ANM).

Lawatan yang berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Nasser bin Malim, Pengarah Bahagian Pengurusan Arkib; Encik Abdul Jabar bin Mohamad Ridi, Ketua Seksyen Arkib Pandang Dengar; Encik Zaidil Akmal bin Zainuddin, Ketua Seksyen Arkib Digital serta para pegawai di kedua-dua seksyen tersebut.

Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui amalan terbaik serta proses kerja yang dikendalikan oleh Seksyen Arkib Digital dan Seksyen Arkib Pandang Dengar di ANM. Perkongsian dan khidmat nasihat yang diperoleh amat bermakna dalam usaha ArkU UMS memacu pendigitalan khazanah universiti demi memastikan kelestarian bahan, meningkatkan kebolehcapaian, dan memelihara sejarah universiti dengan lebih efisien.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak ANM atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi kepakaran yang sangat bernilai.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva