Sesi kunjungan strategik dan perbincangan kolaborasi antara barisan pengurusan Perpustakaan UMS bersama Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
KOTA KINABALU, 8 Julai 2026 – Ketua Pustakawan UMS telah mengadakan satu kunjungan strategik kepada Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Profesor Madya Dr. Fairrul bin Masnah @ Kadir.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Perpustakaan UMS dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), di samping membincangkan peluang kolaborasi dalam pelaksanaan aktiviti akademik, penyelidikan, serta program literasi maklumat.
Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada pelbagai inisiatif baharu yang mampu menyokong kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di peringkat fakulti secara lebih efektif.
Turut mengiringi Ketua Pustakawan dalam kunjungan tersebut ialah Encik Jamiun Michael (Timbalan Ketua Pustakawan) bersama Encik Alberto Aning (Pustakawan Kanan merangkap Ketua Perpustakaan Perubatan UMS).
Semoga kunjungan strategik ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dalam memperkasakan peranan perpustakaan sebagai rakan strategik fakulti ke arah kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan penyampaian perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah.
No comments:
Post a Comment