Wednesday, 8 July 2026

LAWATAN STRATEGIK KETUA PUSTAKAWAN BAGI MEMACU KUALITI PERKHIDMATAN DI PERPUSTAKAAN PERUBATAN

Lawatan Ketua Pustakawan UMS Lawatan Ketua Pustakawan UMS

Ketua Pustakawan UMS semasa lawatan kerja ke Perpustakaan Cawangan Perubatan.

KOTA KINABALU, 8 Julai 2026 – Perpustakaan Cawangan Perubatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima lawatan kerja Ketua Pustakawan, Encik Zawawi Datuk Tiyunin, yang diiringi oleh Encik Jamiun Micheal, Timbalan Ketua Pustakawan, serta Encik Alberto Aning, Pustakawan Kanan merangkap Ketua Cawangan Perpustakaan Fakulti Perubatan dan Hospital UMS.

Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan, koleksi dan perkhidmatan perpustakaan serta bertukar pandangan mengenai usaha penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada warga universiti.

Warga Perpustakaan Cawangan Perubatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pustakawan dan rombongan atas kesudian mengadakan lawatan serta sokongan berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.

Perpustakaan Cawangan Perubatan, UMS



No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva