Prof. Dr. Kuo Wen-Hua meninjau kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Perubatan UMS sempena kunjungan mesra ke universiti ini.
KOTA KINABALU, 21 Julai 2026 – Perpustakaan Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada Prof. Dr. Kuo Wen-Hua, Timbalan Kurator Perpustakaan dari National Yang Ming Chiao Tung University (NYCU), Taiwan, dalam usaha memperkukuh hubungan profesional dan akademik antara kedua-dua institusi.
Lawatan tersebut menjadi platform bagi perkongsian pengalaman dan pertukaran pandangan mengenai pengurusan perpustakaan akademik, perkhidmatan maklumat serta pelbagai inisiatif dalam menyokong aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Sepanjang kunjungan berlangsung, Prof. Dr. Kuo Wen-Hua telah diberi penerangan mengenai kemudahan, koleksi, ruang pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Perubatan UMS. Beliau turut berpeluang meninjau pelbagai inisiatif yang dilaksanakan bagi menyokong keperluan akademik dan penyelidikan warga universiti.
Delegasi tersebut telah diiringi oleh Timbalan Ketua Pustakawan UMS, Encik Jamiun Micheal, Ketua Perpustakaan Perubatan UMS merangkap Pustakawan Kanan, Encik Alberto Aning, serta Pustakawan Kanan, Puan Dayang Ruhidah Raplee.
Kunjungan ini diharap dapat mempererat hubungan antara UMS dan NYCU serta membuka peluang kepada kerjasama yang lebih luas dalam bidang perpustakaan, perkongsian ilmu dan pembangunan akademik pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment