Monday, 13 July 2026

STEAMQUEST IGNITE ZON LAHAD DATU PERKASA VISI UMS: THE BRAIN OF BORNEO

Semarak Ilmu

Para peserta program STEAMQuest Ignite Zon Lahad Datu semasa sesi aktiviti interaktif dan majlis perasmian yang berlangsung di Dewan Tun Mustapha.

LAHAD DATU, 11 Jun 2026 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi program STEAMQuest Ignite terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin inovasi dan pendidikan di wilayah ini dalam usaha merealisasikan visi "UMS: the Brain of Borneo".

Program berskala besar bagi Zon Lahad Datu ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Mustapha. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, YBRS. Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty B. Mohd Dzul.

Zon Lahad Datu kali ini menyaksikan penyertaan aktif 66 murid daripada 11 buah sekolah yang mewakili beberapa daerah di Pantai Timur Sabah, termasuk Lahad Datu, Tawau, Sandakan, dan Kunak. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menerokai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, dan Matematik (STEAM) melalui pelbagai aktiviti interaktif dan mencabar.

Program berimpak tinggi ini merupakan hasil gandingan strategik UMS bersama Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), selain mendapat kerjasama erat daripada rakan strategik kerajaan negeri termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTS) / rakan agensi kerajaan, KKTP, MINDET, KPSTI, dan Pejabat Daerah Lahad Datu.

Melalui kejayaan pengisian STEAMQuest Ignite ini, UMS optimis program ini akan menjadi pemangkin utama dalam melahirkan generasi muda yang kreatif serta berdaya saing, seterusnya membentuk masa depan wilayah Borneo yang lebih makmur, inovatif, dan berdaya tahan.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva