Friday, 17 July 2026

UMS PERKASA SAINS TERBUKA, RAIH PENGIKTIRAFAN SPRINGER NATURE

Semarak Ilmu

Ketua Pustakawan UMS, Encik Zawawi Datuk Tiyunin ketika mewakili universiti menerima pengiktirafan berprestij pada majlis Springer Nature Malaysian Open Science Excellence Awards 2026 di Putrajaya.

PUTRAJAYA, 9 Julai – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus melakar kecemerlangan apabila menerima pengiktirafan berprestij menerusi Springer Nature Malaysian Open Science Excellence Awards 2026, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai antara institusi pengajian tinggi yang komited menerajui pelaksanaan agenda Sains Terbuka (Open Science) dan Akses Terbuka (Open Access) di Malaysia.

Pengiktirafan tersebut diterima oleh Ketua Pustakawan UMS, Encik Zawawi Datuk Tiyunin, yang mewakili universiti pada majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Palm Garden Hotel, Putrajaya.

Anugerah ini mencerminkan komitmen berterusan UMS dalam memperkasakan ekosistem penyelidikan yang lebih terbuka, telus dan inklusif melalui amalan perkongsian ilmu, penerbitan akses terbuka serta pemerkasaan komunikasi ilmiah yang memberi manfaat kepada komuniti akademik dan masyarakat secara lebih meluas.

Pencapaian ini membuktikan komitmen padu seluruh warga UMS dalam membudayakan penyelidikan yang berteraskan keterbukaan, kolaborasi dan inovasi, selaras dengan aspirasi negara untuk memperkukuh ekosistem Sains Terbuka yang mampan dan berdaya saing.

Springer Nature Malaysian Open Science Excellence Awards merupakan platform pengiktirafan berprestij yang menghargai institusi yang cemerlang dalam mempromosikan amalan Sains Terbuka, memperluaskan akses kepada pengetahuan serta memacu kecemerlangan penyelidikan melalui prinsip keterangkuman, kolaborasi dan inovasi.

Pencapaian ini bukan sahaja memperkukuh reputasi UMS sebagai institusi yang komited terhadap kecemerlangan penyelidikan dan penerbitan ilmiah, malah menjadi pemangkin kepada usaha berterusan universiti dalam memacu transformasi penyelidikan negara melalui budaya ilmu yang lebih terbuka, inklusif dan berimpak global.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva