Aktiviti pencerapan langit malam dan fenomena hujan meteor Perseids sempena Program Astropiknik 2026 di Tegudon Tourism Village, Kota Belud.
KOTA BELUD, 13 Ogos 2026 – U-Science, Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah menyertai program Astropiknik: Jurian Meteor Perseids 2026 yang berlangsung di Tegudon Tourism Village (TTV), Kota Belud, Sabah pada 12 hingga 13 Ogos 2026.
Program bertemakan “Menggapai Impian di Langit Sabah” ini merupakan inisiatif yang menggabungkan ilmu astronomi, pendidikan STEM dan aktiviti rekreasi dalam suasana alam semula jadi. Program ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati keindahan langit malam Sabah sambil mendekati ilmu sains angkasa secara lebih santai dan menarik.
Antara pengisian utama program ialah aktiviti pencerapan langit malam dan hujan meteor Perseids, yang menjadi antara fenomena astronomi menarik untuk diperhatikan. Peserta berpeluang meneroka dunia astronomi serta memahami fenomena langit melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.
Penyertaan U-Science UMS dalam program ini mencerminkan komitmen universiti dalam memperluaskan akses pendidikan STEM kepada masyarakat serta memupuk minat terhadap bidang sains dan astronomi. Pendekatan pembelajaran secara pengalaman seperti ini turut membuka ruang kepada masyarakat, khususnya generasi muda, untuk mengenali sains melalui pengalaman sebenar.
No comments:
Post a Comment