Friday, 21 August 2026

𝐒𝐓𝐄𝐌𝟒𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋: 𝐀𝐆𝐑𝐎-𝐁𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐅𝐀𝐑𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈

Semarak Ilmu

Murid sekolah rendah mengikuti aktiviti hands-on teknologi dan pertanian pintar sempena siri jelajah STEM4School: AGRO-Bit 2026.

KOTA KINABALU, 17 Julai 2026STEM4School: AGRO-Bit menerusi siri jelajah selama lima hari dari 13 hingga 17 Julai 2026 telah membawa pengalaman pembelajaran teknologi dan pertanian pintar secara hands-on kepada murid sekolah rendah.

Program ini digerakkan oleh CYDBOTICS sebagai penggerak utama dengan kerjasama U-Science UMS serta mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI). Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi, peserta diperkenalkan kepada konsep Smart Farming menggunakan micro dan sensor bagi membina sistem pertanian pintar mereka sendiri.

Seramai 30 orang murid daripada setiap sekolah telah menyertai program ini, melibatkan lima buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran. Secara keseluruhannya, siri jelajah STEM4School: AGRO-Bit 2026 telah melibatkan 150 orang murid sepanjang pelaksanaan program.

Antara sekolah yang terlibat ialah SK Darau, SK Rampayan Menggatal, SK Petagas, SK Pekan Telipok dan SK Bolong.

Sepanjang aktiviti, murid berpeluang meneroka asas teknologi, memahami fungsi sensor serta mengaplikasikan pengaturcaraan micro dalam membangunkan sistem pertanian pintar. Aktiviti secara hands-on ini memberi ruang kepada murid untuk mencuba, menguji idea dan menyelesaikan cabaran melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Penganjuran STEM4School: AGRO-Bit 2026 mencerminkan usaha bersama dalam memperluaskan pendidikan STEM yang relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan dunia sebenar. Pengalaman seperti ini bukan sahaja memperkenalkan murid kepada teknologi, malah turut memupuk pemikiran kritis, kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan minat terhadap inovasi sejak di bangku sekolah.

Tahniah dan terima kasih kepada semua murid, guru, fasilitator, CYDBOTICS, U-Science UMS serta KPSTI atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan siri jelajah STEM4School: AGRO-Bit 2026.

Belajar. Mencipta. Berinovasi.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva