Friday, 21 August 2026

HARI KEDUA PROGRAM "SCIENCE & ART CAMP" UMS 2026 TAMPILKAN AKTIVITI STEM INTERAKTIF DAN KREATIF

Semarak Ilmu

Peserta menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan cabaran STEM sepanjang hari kedua Program Science & Art Camp UMS 2026.

KOTA KINABALU, 2026 – Hari kedua Program "Science & Art Camp" UMS 2026 anjuran U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pusat Persediaan Sains dan Teknologi diteruskan dengan pelbagai aktiviti interaktif yang memberi pengalaman pembelajaran menyeronokkan kepada para peserta melalui gabungan elemen sains, teknologi, kreativiti dan kerja berpasukan.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta, sarapan pagi serta taklimat ringkas program yang disusuli dengan aktiviti icebreaking bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih mesra dan interaktif sebelum peserta memulakan aktiviti utama.

Sepanjang sesi pagi, peserta mengikuti U-Science Exhibit Tour yang memperkenalkan pelbagai pameran STEM di U-Science UMS. Aktiviti diteruskan dengan U-Science STEM Treasure Hunt, di mana peserta menyelesaikan pelbagai cabaran berasaskan konsep STEM secara berkumpulan, sekali gus mengasah kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis.

Keseronokan diteruskan menerusi STEM Guess This Drawing Challenge, yang menguji kreativiti peserta dalam mengenal pasti konsep dan istilah STEM melalui aktiviti melukis secara interaktif. Program turut diserikan dengan sesi bergambar bagi merakam kenangan sepanjang aktiviti yang berlangsung.

Pada sebelah petang, peserta didedahkan kepada Bengkel Asas Dron yang memberi pendedahan mengenai teknologi dron serta pengendalian asasnya. Ilmu yang diperoleh kemudiannya diaplikasikan dalam SAC Drone Challenge, yang menguji kemahiran peserta mengendalikan dron melalui cabaran praktikal dalam suasana yang menyeronokkan dan kompetitif.

Program diakhiri dengan sesi SAC Recap, diikuti minum petang dan majlis bersurai. Hari kedua Science & Art Camp UMS 2026 berjaya memberikan pengalaman pembelajaran secara hands-on yang bukan sahaja meningkatkan pengetahuan STEM, malah turut memupuk keyakinan, kreativiti serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan U-Science Universiti Malaysia Sabah dalam memperkasakan pendidikan STEM melalui pendekatan pembelajaran yang inovatif, interaktif dan berimpak tinggi bagi melahirkan generasi muda yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva