Sesi perkongsian ilmu mengenai isu mikroplastik sempena Program STEM Speaker Series 2026 di Dewan Datuk James Ratib, Kampung Botition, Beluran.
BELURAN, 13 Ogos 2026 – Program STEM Speaker Series 2026 diteruskan dengan perkongsian bertajuk “Plastik Semakin Kecil, Masalah Semakin Besar: Mengenali Mikroplastik” yang berlangsung di Dewan Datuk James Ratib, Kampung Botition, Beluran.
Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Prof. Madya ChM. Ts. Dr. Mohd. Sani Sarjadi dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang juga merupakan HRD Corp Accredited Trainer. Perkongsian tersebut memberi pendedahan kepada peserta mengenai isu mikroplastik serta kepentingan memahami kesannya terhadap alam sekitar dan kehidupan seharian.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkasa literasi STEM dalam kalangan masyarakat, khususnya melalui perkongsian ilmu yang dekat dengan isu semasa dan kehidupan harian. Ia turut memberi peluang kepada peserta untuk mengenali bidang sains dan teknologi dengan perspektif yang lebih luas serta menarik.
Program STEM Speaker Series 2026 ini turut dilaksanakan bersempena STEAMQUEST Ignite 2026 Zon 3 Beluran, dengan kerjasama U-Science, Universiti Malaysia Sabah dan rakan-rakan strategik.
No comments:
Post a Comment