KOTA KINABALU, 27 April 2026 – Mesyuarat Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam (MKPUA) Bilangan 2/2026 telah berjaya diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Lembaga Mesyuarat Eksekutif, Aras 6, Canselori.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Datin Nor Azzah Momin selaku Pengerusi MKPUA dan disertai oleh wakil daripada 20 universiti awam (UA) seluruh Malaysia. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen tinggi semua pihak dalam memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkasakan peranan perpustakaan universiti sebagai pemacu kecemerlangan akademik dan penyelidikan negara.
Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara strategik telah dibincangkan, termasuk usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan, pemerkasaan sumber digital, serta perkongsian amalan terbaik dalam kalangan universiti awam. Selain itu, mesyuarat turut memberi penekanan kepada keperluan memperkukuh kolaborasi antara institusi dalam menghadapi cabaran transformasi digital yang semakin pesat.
Datin Nor Azzah Momin dalam ucapannya menegaskan kepentingan kesepaduan dan inovasi dalam memastikan perpustakaan universiti kekal relevan serta berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau turut menggalakkan semua ahli untuk terus mempergiat usaha ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inklusif dan berimpak tinggi.
Mesyuarat MKPUA Bil.2/2026 ini diharapkan dapat menjadi landasan kukuh dalam merangka strategi dan inisiatif baharu yang mampu memacu kecemerlangan perpustakaan universiti awam selari dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.
No comments:
Post a Comment