23 April 2026 | Khamis
KOTA KINABALU, Program Telaah kali ini menampilkan kupasan buku The School of Life: An Emotional Education hasil karya Alain de Botton bersama The School of Life, yang mengangkat kepentingan pendidikan emosi dalam kehidupan seharian.
Bertempat di Ruang Majlis, perpustakaan, sesi ini telah menampilkan panel jemputan, Encik John Mark Storey, dengan moderator Cik Safiah Binti Masbaka yang berjaya menghidupkan perbincangan secara santai tetapi penuh makna.
Kupasan buku ini memberi penekanan kepada bagaimana kita memahami emosi, membina hubungan yang sihat serta menghadapi cabaran kehidupan dengan lebih matang. Penyampaian moderator yang jelas dan menarik menjadikan isi buku ini mudah difahami serta dekat dengan pengalaman harian peserta.
Program ini bukan sahaja membuka ruang perbincangan ilmiah, malah memberi inspirasi kepada peserta untuk terus mengenali diri dan mengurus emosi dengan lebih baik dan selari dengan konsep “The School of Life” yang menekankan pembelajaran sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment