Tuesday, 9 June 2026

MAJLIS PERASMIAN MOBILE EXHIBITION: “EXPERIENCING SCIENCE: ENLIGHTENING INNOVATION”

Semarak Ilmu

Majlis Perasmian Mobile Exhibition: “Experiencing Science: Enlightening Innovation” Tour in Sabah telah berlangsung pada 9 Jun 2026 (Selasa), jam 9.00 pagi bertempat di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Dorita Tai Yun Ying, Timbalan Setiausaha Tetap I, KSTI Sabah yang mewakili YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sabah. Turut menyampaikan ucapan ialah Prof. Datuk Dr. Rossita Shapawi, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Malaysia Sabah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Zawawi Datuk Tiyunin, Ketua Pustakawan UMS, Encik George YiH Ching Yaw, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Encik Md Sazali Md Salleh, Pengarah U-Science UMS, beserta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, Sains dan Inovasi Sabah, wakil agensi-agensi kerajaan, pelajar-pelajar sekolah serta warga Universiti Malaysia Sabah.

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa dalam usaha memperkukuh budaya sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat.

Pameran bergerak ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menarik, membolehkan pengunjung meneroka pelbagai inovasi sains dan teknologi terkini. Inisiatif ini juga bertujuan untuk: meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sains dan teknologi, memupuk minat dalam bidang STEM, menggalakkan penglibatan aktif dalam pembangunan inovasi negara.

Pameran ini menggabungkan ilmu pengetahuan, inovasi dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah masyarakat yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.

``

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva