Friday, 12 June 2026

UMS DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH SEA LIBRARIES OF THE FUTURE SUMMIT 2027

Semarak Ilmu

Sesi penyerahan baton tuan rumah SEA Libraries of the Future Summit 2027 di Bali, Indonesia.

BALI, Indonesia, 2026 - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila dipilih sebagai tuan rumah SEA Libraries of the Future Summit 2027, sebuah persidangan serantau yang menghimpunkan pemimpin dan pakar perpustakaan bagi membincangkan masa depan ekosistem perpustakaan dan pengurusan ilmu dalam era digital.

Pengumuman pemilihan UMS sebagai hos edisi 2027 dibuat sempena SEA Libraries of the Future Summit 2026 yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab penganjuran, baton persidangan telah disampaikan oleh Regional Director, Customer Success, Southeast Asia & Australia/New Zealand (ANZ), Elsevier, Omar Malik kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Haji Mansor.

Pemilihan tersebut mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan UMS dalam menerajui agenda transformasi perpustakaan, memperkukuh inovasi digital serta memacu budaya perkongsian ilmu di peringkat serantau.

Melalui penganjuran SEA Libraries of the Future Summit 2027, UMS dijangka menjadi platform utama yang menghimpunkan pakar, penyelidik, pustakawan dan pemain industri dari seluruh Asia Tenggara untuk berkongsi idea, amalan terbaik serta inovasi terkini dalam pembangunan perpustakaan masa hadapan.

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama UMS, malah turut mengangkat reputasi Sabah dan Malaysia di persada antarabangsa.

📘 Lihat Siaran Facebook

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva