Suasana sekitar Aktiviti Mewarna/Lukisan Bebas di Kids Learning Zone, Perpustakaan UMS.
KOTA KINABALU, 24 Julai 2026 – Kids Learning Zone di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya menganjurkan Aktiviti Mewarna/Lukisan Bebas yang berlangsung dari jam 1.00 petang hingga 5.00 petang.
Program ini telah mendapat sambutan hangat dengan penyertaan seramai 30 orang kanak-kanak, yang terdiri daripada 25 orang anak-anak Pusat Minda Emas (PML) UMS dan 5 orang peserta dari luar, serta diiringi oleh 3 orang pengiring.
Penganjuran aktiviti ini bertujuan untuk mencungkil bakat, menggalakkan kreativiti, serta merangsang imaginasi kanak-kanak melalui ekspresi seni visual.
Suasana yang ceria dan kondusif sepanjang program berlangsung memberikan peluang keemasan kepada para peserta untuk belajar sambil berhibur, di samping mengeratkan hubungan sesama mereka.
No comments:
Post a Comment