Monday, 27 July 2026

U-SCIENCE SERTAI PAMERAN MINGGU STEM & TVET 2026 DI SM TINGGI KOTA KINABALU

Semarak Ilmu

Suasana sekitar Pameran Minggu STEM & TVET 2026 yang disertai oleh U-Science UMS di SM Tinggi Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU, 22 Julai 2026U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai Pameran Minggu STEM & TVET 2026 yang berlangsung di Dewan Datuk Wong Tze Fatt, SM Tinggi Kota Kinabalu.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pelbagai aktiviti dan pameran interaktif.

Sepanjang program berlangsung, U-Science telah membuka reruai pameran STEM yang menampilkan pelbagai aktiviti interaktif secara hands-on bagi memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Melalui aktiviti ini, pelajar berpeluang meneroka konsep STEM dengan lebih dekat di samping memperoleh pendedahan mengenai inovasi, teknologi serta peluang pendidikan dan kerjaya.

Penyertaan U-Science dalam program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara universiti, sekolah, dan agensi yang terlibat dalam usaha membudayakan STEM serta TVET. Inisiatif ini diharapkan dapat terus menyemai minat generasi muda terhadap sains, teknologi, dan inovasi, sekali gus melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

No comments:

Post a Comment

📢 PENGUMUMAN

Lihat penuh di Canva